“Perpaduan adalah kekuatan, apabila ada kerjasama, perkara – perkara indah dapat dicapai.” Mattie Stepanek.
START Malaysia, yang sebelum ini dikenali sebagai StartupJohor, telah bekerjasama dengan salah satu sumber berita teknologi dan perniagaan terkemuka di Asia Tenggara, Techsauce Media Thailand untuk membawakan kepada anda BaseConf2020, persidangan teknologi serantau yang pertama dan terbesar di Iskandar Malaysia.
Persidangan yang bakal berlangsung selama dua hari itu diadakan bertujuan untuk mempamerkan ekosistem usahawan – usahawan tempatan dan bagi memanfaatkan perkongsian ilmu pengetahuan yang diberikan oleh tokoh – tokoh industri teknologi dari serantau Asia Tenggara.

Apa itu BaseConf 2020 ?
Base Conference 2020 dikuasai oleh Techsauce Global Summit, akan berlangsung pada 15hb-16hb Januari 2020 di Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri. Objektif persidangan ini adalah mewujudkan platform untuk mempamerkan usahawan tempatan sambil memberi mereka pendedahan yang betul di peringkat serantau. Persidangan itu juga akan bertindak sebagai pemangkin untuk mempercepat dan memanfaatkan momentum keusahawanan di Johor.
Siapa yang perlu hadir ke BaseConf 2020?
Usahawan, pengasas, pemimpin, modal teroka & pelabur yang ingin memanfaatkan ekosistem di rantau ini dan mendapat wawasan daripada tokoh-tokoh industri industri berteknologi tinggi Asia Tenggara.
Enam sebab mengapa anda tidak boleh melepaskan peluang ke BaseConf2020
Persidangan Teknologi Serantau yang pertama di Iskandar Malaysia
Ini merupakan Persidangan teknologi yang pertama di Iskandar Malaysia dan kami menyediakan peluang untuk anda mendapatkan akses kepada maklumat teknologi baharu supaya dapat membuka minda dan mengeluarkan potensi penuh yang terdapat dalam diri anda. . Kami membawakan tokoh industri utama seperti Alibaba, Traveloka, Ant Finances dan Techstars. Pelajari langkah terkini untuk menjalankan perniagaan dan bergaul bersama rakan baharu yang mampu mencetuskan inspirasi supaya anda terus berdaya saing dalam pentas dunia keusahawanan hari ini.
Maklumat, Pengetahuan dan Motivasi
Perkara terbaik tentang menghadiri persidangan skala ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan memperluaskan perspektif anda. Tidak kira apa jua perniagaan yang anda jalankan, BaseConf2020 menawarkan pelbagai sesi persidangan dan bengkel – bengkel ilmu untuk mendedahkan anda kepada aspek-aspek baharu yang boleh diguna pakai pada masa akan datang.
Lihatlah enam teras BaseConf2020 di bawah,

Personaliti yang terdapat di BaseConf2020
Penceramah kami adalah pakar industri dari seluruh rantau Asia dan mereka akan memberikan inspirasi dan kuasa kepada anda dengan idea, strategi, tip dan teknik baharu yang dapat membantu anda dalam perjalanan keusahawanan anda.



Beramal Mesra Dengan Penceramah
Mulai tahun ini dengan peluang keemasan ini! Dapatkan pandangan industri terkini & trend global daripada 50+ pakar di BaseConf2020!
Bengkel & Kelas Bimbingan
Sebaik sahaja anda membeli tiket anda dan menghadiri BaseConf2020, anda akan dididik oleh beberapa mentor industri terbaik dalam ekosistem kami. Anda bakal memperolehi sesi khas yang akan membantu anda berinteraksi dengan individu-individu ini bagi memberi inspirasi dan meluaskan perspektif anda, membuka inovasi baru serta melonjakkan sempadan perniagaan anda. Cepat dan jangan ketinggalan!
Temu Janji Perniagaan
Melalui sesi temu janji ini, ia dapat Mewujudkan hubungan langsung secara peribadi dengan individu yang berpengalaman bagi membantu perniagaan anda. Inilah peluang anda untuk melibatkan diri dengan kapitalis pemaju berpotensi, pelabur dan eksekutif korporat untuk mengetahui bantuan sedia ada yang mampu menjayakan lagi perniagaan anda. . Secara tidak langsung, ini juga dapat membantu anda mengenal pasti peluang pertumbuhan dan trend teknologi terkini serta mempromosikan produk, perkhidmatan mahupun teknologi di peringkat serantau.
Peluang Rangkaian
Anda boleh menjangkakan beberapa peluang yang dapat membantu anda membina rangkaian perniagaan yang lebih kuat. Sudah tentu anda boleh berbuat demikian sewaktu anda rehat, tetapi dengan adanya sesi meja bulat interaktif anda boleh bersua dengan pakar profesion berpengetahuan, pakar industri dan rakan-rakan baharu serta berhibur bersama di pesta santai Puteri Harbour! Rebutlah kesempatan ini untuk mengiringi perniagaan anda ke tahap yang lebih baik di BaseConf 2020.
Terdapat banyak peluang untuk anda beramal mesra dan berhubung dengan lebih dekat bersama mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza namun memperolehi minat dan tujuan yang sama demi menghadiri persidangan terulung ini. Siapa tahu anda bakal berjumpa dengan rakan perniagaan, pelabur atau pelanggan masa hadapan anda? Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan bawa kad perniagaan anda!
Apa yang anda tunggu?
Dapatkan ticket anda semasa ia masih panas untuk memastikan anda tidak melepasi persidangan teknologi yang paling menarik di Iskandar malaysia